Kerjaya kelab Mike Maignan

Paris Saint-Germain

Maignan beraksi untuk akademi Paris Saint-Germain sebelum menerima tawaran untuk dimasukkan ke dalam skuad utama pada tahun 2013. Beliau telah mengambil bahagian dalam Liga Belia UEFA 2013-14 yang menyaksikan pasukannya melangkah mara ke peringkat suku akhir sebelum disingkirkan oleh Real Madrid.[3]

Pada Jun 2013, Maignan menandatangani kontrak pertamanya selama tiga tahun.[4] Pada 18 Disember, beliau diserap ke dalam skuad perlawanan buat pertama kali dengan berada di bangku simpanan apabila Nicolas Douchez dipilih untuk beraksi ketika menentang Saint-Étienne pada pusingan 16 Coupe de la Ligue.[5] Pada 19 Januari 2014, beliau dimasukkan ke dalam skuad perlawanan Ligue 1 buat pertama kali tetapi tidak diberi peluang beraksi ekoran Salvatore Sirigu mengisi posisi penjaga gol pasukan semasa menewaskan Nantes 5-0 di Parc des Princes.[6]

Lille

Pada Ogos 2015, Maignan telah berpindah ke kelab Ligue 1, Lille dengan perpindahan yang bernilai 1 juta euro serta beliau turut menandatangani kontrak selama lima tahun.[7] Beliau melakukan kemunculan sulungnya pada 18 September dalam aksi terikat seri 1-1 menentang Rennes. Beliau dapat beraksi selepas menggantikan Yassine Benzia apabila Vincent Enyeama telah dibuang padang pada minit ke-69. Melalui sentuhan pertamanya, beliau menyelamatkan tendangan penalti yang dilakukan oleh Paul-Georges Ntep.[8]

Pada permulaan musim 2017–18, pengurus Marcelo Bielsa menggugurkan pemain berpengalaman iaitu Enyeama untuk memberikan peluang kepada Maignan. Pada perlawanan kedua musim ini, perlawanan yang dilanda kekalahan 3-0 kepada Strasbourg menyaksikan beliau telah dibuang padang kerana melontarkan bola ke arah penyerang lawan, Nicolas de Préville yang nanti menjaringkan gol pada saat-saat akhir permainan.[9] Pada musim berikutnya, beliau sebahagian daripada pasukan Lille yang menjadi naib-juara kepada PSG di samping diundi sebagai "Penjaga Gol Terbaik" Trophées UNFP du football. Rekod beliau pada musim itu ialah 30 jaringan gol dibolosi, 17 jersi bersih, 233 penyelamatan bola dan tiga tendangan penalti diselamatkan.[10]

Rujukan

WikiPedia: Mike Maignan http://cjsscayes.com/?p=2561 http://www.just-football.com/2013/02/photo-shoot-m... http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... http://www.uefa.com/uefayouthleague/news/newsid=20... http://www.lepopulaire.fr/limousin/sports/actualit... http://talentshunter.net/2013/10/31/mike-maignan/ https://www.espn.com.au/football/report?gameId=424... https://www.africatopsports.com/2015/08/19/mike-ma... https://www.foxsports.com/soccer/story/lille-goalk... https://int.soccerway.com/players/mike-maignan/215...